Join MultiplyOpen a Free ShopSign InHelp
MultiplyLogo
SEARCH
Oct 7, '10 9:56 PM
for everyone
Category:Books
Genre: Other
Author:Noor Hasnah Adam
Mudah cetak
E-mel

8 Okt 2010

SINGAPURA

17 karya disenarai pendek bagi Hadiah Sastera S'pura


MAJLIS Pembangunan Buku Nasional Singapura (NBDCS) telah menyenaraipendekkan 17 karya yang telah diterbitkan bagi Hadiah Sastera Singapura 2010.

Hadiah berprestij bagi kategori Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil itu akan diumum dalam satu majlis Disember ini. Pemenang setiap kategori akan menerima hadiah wang tunai $10,000.

Bagi kategori Melayu, lima karya disenarai pendek.

Karya-karya itu ialah puisi berjudul Sampai di Singgahsana Cinta oleh Johar Buang; novel Dalam Kehangatan Dakapan Senja (Abdul Manaf Abdul Kadir, yang nama penanya Manaf Hamzah); cerpen Kelarai (Noor Hasnah Adam), cerpen Satu Macam Penyakit (Yazid Hussein) dan puisi Di Perhentian Ini... Hijrahkanlah Diri (Azni Ismail, yang nama penanya Jaka Budi).

Menurut satu kenyataan majlis itu semalam, peraduan setiap dua tahun itu dibuka kepada karya berupa novel, cerpen dan puisi hasil tulisan warga Singapura dan Penduduk Tetap.

Bagi peraduan kali ini, karya-karya itu diterbitkan antara Januari 2008 dan Disember tahun lalu. Sebanyak 59 karya diterima - 23 Inggeris, 15 Cina, 11 Melayu dan 10 Tamil - bagi pemilihan.

Sekiranya tiada pemenang, panel pengadil mungkin memberi hadiah merit bernilai $5,000 setiap satu atau hadiah penghargaan bernilai $1,000 setiap satu.

Hadiah Sastera Singapura dianjurkan majlis itu dengan sokongan Majlis Seni Kebangsaan, Lembaga Perpustakaan Negara dan Arts House.


Add a Comment
How would you rate this book? (optional)
0 out of 5 stars